Ahad, November 29, 2009

Konvokesyen IPSAH kali ke-28

333 terima diploma kursus Perguruan Lepasan Ijazah
GEMBIRA. Sebanyak 333 pelajar kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (sekolah rendah) sesi Januari hingga November 2008 berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Bakal guru itu menerima diploma masing-masing pada Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Sultan Abdul Halim ke-28 di Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka mengikuti pelbagai bidang termasuklah pengajian dalam bidang sosial, seni dan visual, pendidikan pemulihan khas, bimbingan dan kaunseling serta prasekolah, pengajian Melayu, Inggeris, Cina, Islam, pendidikan jasmani, matematik dan sains.

Diploma tersebut disampaikan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim serta Pengarah IPGM, Kampus Sultan Abdul Halim, Saadiah Bani.

Leia Mais…

Bila rumah Allah swt lengang..

Dalam kedaifan ilmu yang dimiliki, saya cuba untuk berkongsi pengalaman ini dengan pembaca sekalian. Apa yang saya perhatikan, rata-rata di seluruh bumi Malaysia, masjid-masjid yang dibina indah yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit seolah-olah tidak berpenghuni. Apakah manusia sudah hilang minat untuk sama-sama mengimarahkan masjid? Namun tidak dinafikan bahawa terdapat pengurusan masjid di sesetengah tempat yang giat mengatur program bagi memakmurkan masjid selain solat berjemaah lima waktu. Namun, di sesetengah tempat pula, jemaah untuk solat lima waktu pun menyedihkan. Ruang masjid yang besar dan mampu menampung bilangan jemaah yang ramai tetapi hanya beberapa kerat yang hadir. Ini adalah kisah benar memandangkan saya selalu bermusafir untuk tempoh perjalanan yang panjang dan singgah bersolat ketika kebetulan azan dilaungkan. Apa yang saya perhatikan adalah hanya beberapa kerat jemaah 'veteran' tempatan yang datang untuk bersolat jemaah. Dinisbahkan hanya 1 /9 saf yang diatur... Persoalan kedua adalah ke mana perginya golongan muda? Teringat saya dengan kisah penduduk Kampung Bukit Setugal yang jahil (Kelapa Nan Sebatang- Kesusasteraan Melayu mailto:Tingkatan4@5), hanya Lebai Pa dan bilalnya yang bersolat di surau..Nauzubillah.. Sambutan amat menyedihkan..namun jika kita buka mata, perhatikan sambutan terhadap pesta-pesta, karnival-karnival hiburan, sambutannya adalah amat di luar jangkaan penganjur..Apa sudah jadi? Sanggup berdiri berjam-jam lamanya/bawa anak2 kecil semata-mata untuk tengok konsert tetapi takut untuk berdiri 5-10 minit untuk bersolat jemaah? Ader yang lebih malangnya, sanggup tinggal solat untuk tidak ketinggalan menyaksikan persembahan artis kegilaan masing-masing...MasyaAllah..

Leia Mais…

Sabtu, November 21, 2009

Sebab apa jd pelik???

Kehidupan manusia di muka bumi yang luas terbentang ini tidak akan kekal buat selama-lamanya. Untuk itu, manusia perlu membuat persediaan yang terbaik untuk kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat. Adalah menjadi lumrah manusia di zaman serba canggih ini sibuk memperkatakan mengenai perihal orang lain. Mendengar @ menghormati pendirian orang lain seakan tidak diberi penekanan yang khusus..ianya seolah-olah diabaikan seakan manusia tidak perlu kepada rasa hormat antara satu sama lain. Setiap manusia di atas muka bumi dikurniakan satu perasaan yang sukar ditafsirkan oleh seseorang yang lain kecuali yang betul-betul memahaminya. Namun, kita manusia xpernah leka untuk mengkritik tanpa menyelami. Sebagai contohnya, jika seseorang sedang sedih@sebak, maka ia terjurus untuk menangis bagi melontarkan kesedihannya. Jika seseorang yang baru mendapat kejayaan, maka ia terjurus untuk bergembira bagi meraikan kejayaannya disamping rasa kesyukuran kepada Zat Pencipta, Allah swt. Jadi, tidak menjadi kesalahan jika kita meng'express'kan perasaan yang kita ada selagi mana ianya tidak mengganggu orang lain @ ketenteraman awam. Namun begitu, ramai diantara kita yang tidak menyenangi kejayaan orang lain. Kenapa? Namun demikian, yang lebih anehnya ada juga orang ketawa time kita sedih..manusia jenis apa pun xpasti..kerja duk gelak jer sepanjang hidup..xder time sedih...kesian dia..bukan sahaja tidak diberi hidayah oleh Allah swt untuk menyelami@merasai nikmat sesuatu perasaan malah mampu tersenyum bila orang sedih...tak ubah seperti rejim Israel yang menambahkan lagi kesengsaraan hidup umat Islam Palestin..MasyaAllah..warasnya adalah menyelami dan seterusnya memberi bantuan kemanusiaan tapi malang yang sebaliknya terjadi...adalah disyorkan kepada pemilik mailto:sikap@sifat@fe sedemikian untuk mendaftar sebagai rekrut askar Israel...jgn terus menghukum perasaan orang lain dengan dasar ketidakberperikemanusiaan kita..

Leia Mais…

Isnin, November 16, 2009

Gomo Kelate Gomo!!





Buat penyoko Kelate...





Keadaan kerusi tempat duduk yang dipercayai telah dibakar penyokong Kelate


Semangat anok-anok Kelate mme kuat..sggp g pah ko KL tengok bola..bawok nga bedil, nga ggesek namo paga nk g bakar stadium...

Leia Mais…

Ahad, November 15, 2009

Dunia umpama wanita cantik....


Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bersifat sementara. Namun ada sesetengah daripada kita melakukan kerja seolah-olah tidak akan meninggalkan dunia yang fana ini menuju kehidupan sebenar di alam Akhirat. Gambarannya tidak ubah seperti seorang wanita yang bermegah dengan kecantikan yang dimilikinya...
persoalannya sampai bila dia akan kelihatan cantik dan menjadi pujaan ramai? Tatkala umur mencecah 40 tahun, maka mulalah berkedut sana-sini..umpama harta kemewahan serta pangkat yang diduduki manusia hari ini sedikitpun tidak dipandang oleh Allah swt. Ini kerana Dia yang mengurniakan segala apa yang kita kecapi hari ini.ngkat yang diduduki manusia hari ini sedikitpun tidak dipandang oleh Allah swt. Ini kerana Dia yang mengurniakan segala apa yang kita kecapi hari ini.

Leia Mais…

Khamis, November 12, 2009

Melayu mudah lupa...

Lidah Tergeliat

Saya berasa amat hairan. Sebilangan daripada kita tinggal setahun dua di luar negara, pulang ke tanah air, lidah kononnya tergeliat, lalu mereka mendakwa janggal bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkomunikasi.

Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga serba tidak kena menulis di dalam bahasa kebangsaan. Alasannya, bahasa Inggeris, bahasa ilmu.

Barangkali biarpun bijak, mereka tidak faham erti keseimbangan dalam berbahasa atau pura-pura tidak faham. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi usah sampai kekok bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

Orang Jepun, bangga dengan bahasa ibunda tetapi menggunakan bahasa Inggeris apabila kena pada tempatnya. Negara Jepun tetap jauh lebih maju berbanding negara kita.

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Justeru, junjunglah selagi termampu.

Leia Mais…

Khamis, November 05, 2009

Asal Usul Solat 5 Waktu

ASAL USUL SOLAT

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas...

ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s..,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.



Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu ."ya Allah jadikan lah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Marilah kita sama-sama renungi...mencari keredhaan Allah swt..sujud menyembah Yang Maha Esa..

Leia Mais…

Ahad, November 01, 2009

banyak lg yg perlu kita pelajari@tahu..

Salam..dalam kita menjalani kehidupan di negara pelbagai kaum semacam Malaysia ini, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 3(1) yang mana Islam adalah agama rasmi negara. Tetapi agama lain bebas diamalkan secara aman selagi mana tidak mengganggu gugat keamanan @ kesejahteraan umat Islam mengerjakan suruhan agama. Manakala menurut Perkara 11(4) ada melarang penganut agama lain daripada melakukan sebarang tindakan sama ada dengan membawa dakyah yang boleh menggugat pegangan akidah umat Islam mahupun melalui apa jua cara yang lain.

Terdetiknya kisah....

Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib telahpun masuk. Sewaktu seluruh umat Islam di daerah Saratok ini sibuk mengerjakan solat Maghrib, maka ketika itulah muzik di tapak funfair dimainkan dengan kuat seolah dituntut juga keperluannya. MasyaAllah..apa rasionalnya jika bukan untuk mengganggu ketenangan @ kedamaian umat Islam yang ketika itu menunaikan solat?? Apakah pihak penganjur akan mengalami kerugian besar sekiranya menangguhkan operasi bisikan syaitan itu hinggalah selepas Isyak? Mereka tidak seharusnya menggunakan kelebihan tempat yang strategik sebagai alasan untuk mereka berbuat demikian sebaliknya perlu memikirkan jarak kedudukan bisnes mereka itu adalah berdekatan dengan rumah Allah daerah Saratok!

Leia Mais…

Jumaat, Oktober 30, 2009

Menu tengahari Jumaat

Hari ni tiba2 ja rasa nak makan ketam + ikan bawal. Lalu terus jer memecut kereta ke Pasar Saratok.. gi beli barang dapur.. selepas antar suami gi Solat Jumaat.. Punyala jam jalan coz ada Regatta ( Lumba Perahu) mula 30hb Okt hingga 1 Nov. Banyakla gerai2 jualan kat sana.. pusing punya pusing akhirnya dapatlah parking kat tepi Tokong Cina.. mujur ada. Alhamdulillah..

Ni lah keputusan akhir setelah bertungkus lumus masak selama lebih kurang 45 minit.

Menu :
1. Gulai Masak Lemak Cili Padi
2. Ikan Bawal Goreng
3. Sayur Kangkung Goreng
4. Air Sirap Rose

Leia Mais…

Ahad, Oktober 25, 2009

Tangkap Muat..

Pernahkan anda menonton rancangan 'Tangkap Muat' kelolaan Astro Ria dan dihoskan oleh Sarimah Ibrahim..? Apa reaksi anda sebagai seorang muslim berkenaan perisian rancangan tersebut? tiada cecat cela? bagus? berinformasi? tepuk dada tanyalah iman..berikutan siaran pada 25hb Okt 2009 jam 11.30-12.00tgh (kalo xsilap), saya terkejut dengan saranan dan tindakan perunding imej yang menangkap muat seorang mangsa dari Puchong (Mas)..pada awalnya punyalah sopan Mas tu berbaju kurung, tetapi 'dicemuh' oleh dua orang perunding imej yang termasyhur..macam2 dia kata kt si Mas tu, xup to date la, kolot la semata-mata untuk menjayakan misinya merubah fesyen Mas ..MasyaAllah..

Mari kita renungkan...

Adakah Islam menganjurkan kita mendedahkan aurat kepada umum? Setahu saya aurat ni mengikut terjemahan bahasa Arab adalah benda-benda malu.. jadi kalo benda malu buat apa nk tunjuk kt orang? tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila Mas diminta mengubah fesyen pakaian yang asalnya menutup aurat sekalipun tidak bertudung..tetapi lebih sopan dari mengenakan skirt @ baju yang menampakkan kepala bahu kan?

Apa yang "Tangkap Muat" buat?

Dengan nada slamber sambil mengejek, maka Mas pun setujulah demi menjaga air muka suaminya..
Saya berani kata bukan sebenarnya dia yang mahukan perubahan tersebut, tetapi adalah kehendak rancangan..kalo dia mmg nk mcm tu, xperlu ada rancangan sebegini pun dia dh buat..btul x? Ni lah akibat segelintir manusia xsuka pakai benda yang dah siap sempurna, malah lbh suka pakai yang belum siap..etc, baju tanpa lengan..belum pun sempat tkg jahit tu siapkan, da amik pakai n then siap tunjuk kt orang lg...apa ni? hilang akal ke? Mereka sepatutnya pergi menangkap muat yang xbertudung n then diberinya tudung...xkisahla tudung bawal ke, tudung Indon tu ke..janji tutup aurat..ini tidak...terbalik..

Apa rasional rancangan tu?

Adakah bermatlamatkan TV sebagai media menyesatkan umat Islam? Apa rugikah jika sekiranya dibubarkan terus rancangan tu? ni bukan soal main-main..berhibur biar ada batas..sanggupkah kita mempertontonkan aurat kita @ orang yang kita sayangi kepada umum? Jadi, sebagai muslim saya menyeru agar diperhaluskan lagi kelulusan menyiarkan rancangan seperti ini..xsalah menegur @ mengkritik demi kedaulatan Islam dan kebaikan bersama..InsyaAllah..

Leia Mais…

Pemuda dengan motornya yang pancit..

Dalam dunia hari ini, manusia memerlukan kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tidak kiralah sama ada kenderaan tersebut berbentuk motosikal mahupun kereta..
Dalam kisah yang akan saya utarakan ini,ianya berkisar kepada seorang pemuda yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utamanya untuk ke tempat kerja, ke pasar mahupun ke mana saja destinasinya..Tanpa disedarinya sudah pun 6 tahun motosikalnya itu berkhidmat untuknya tanpa sebarang masalah besar yang timbul termasuklah kerosakan yang serius..Namun ceritanya bermula pada suatu pagi semasa dia dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba-tiba tayar belakang motosikalnya pancit..dia lalu memberhentikan motornya..Nasib baik dia dapat mengawal motosikalnya daripada jatuh..syukur kpd Allah swt tiada sebarang kejadian buruk berlaku..
Namun, menyedari akan kelewatan sampai ke tempat kerjanya, dia mula mengeluh, memaki hamun motosikalnya itu...^$H@n@m...etc..

Isunya...

Manusia mudah lupa! hanya kerana satu masalah yang timbul, manusia bleh lupa akan apa yang terjadi sejak enam tahun lalu..memaki hamun ntah apa-apa...pernahkah kita berterima kasih kepada kenderaan kita yang telah membawa kita dengan selamat? pernah ke? Sedarlah wahai manusia..Allah swt sentiasa menguji hamba-Nya..

Moralnya..

"Beringat sebelum kena, jimat sebelum habis"..sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, sesungguhnya itulah kebaikan yang ditentukan oleh Allah swt..Allah swt Maha Mengetahui..

Leia Mais…

VIP vs Tukang Kayu

Mencari keberkatan dalam hidup adalah penting. Ini kerana sebanyak mana pun wang yang diperolehi jika tidak diberkati Allah swt, ianya tidak akan menjadi subur..soal halal haram perlu diutamakan dalam kita mencari rezeki seharian..makin banyak yang kita dapat maka makin susahla nak dikeluarkan ke jalan Allah swt..pernah tak kita terpikir bagaimana seorang tukang rumah yang berpendapatan sekitar RM700-800 membesarkan 11 orang anak sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading? Apakah rahsia di sebalik kemampuan beliau melahirkan pewaris yang bijak pandai di samping suasana rumahtangga yang bahagia? Ini berhubungkait dengan ketaatannya terhadap perintah Allah swt, berhenti bekerja apabila masuknya waktu solat, kemudian menyambungnya kembali setelah selesai bersolat. Beliau bekerja kerana Allah swt dan bukan hanya kerana wang semata-mata..sebab itulah rezeki yang diperolehi diberkati Allah swt..

Berbeza dengan sesetengah VIP @ individu yang hanya pandai mengejar harta dunia yang bersifat sementara, ihsan daripada Allah swt kerana lumrah mereka masih tercari-cari wang kerana ketidakcukupan @ keberhutangan yang serius? Mengapa ini terjadi? Memang lumrah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada, kaya bertambah kaya sehingga lupa akan pencipta Yang Maha Esa..tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberikan-Nya..apa tidaknya kalau urusan perniagaan @ kerja lebih penting dari panggilan-Nya..MasyaAllah..meeting sana sini hingga lewat malam...mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga..MasyaAllah..inilah antara punca keruntuhan institusi kekeluargaan..Dalam situasi sebegini, bolehkah wang ringgit menjernihkan keadaan? semestinya tidak..saya dengan kuat mengatakan bahawa saya cukup kagum dengan orang-orang senang yang sentiasa bersama @ bergaul dalam komuniti yang rata-ratanya susah tanpa sebarang prejudis dengan berjemaah di rumah Allah, mengadakan kenduri-kenduri serta jamuan memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt Yang Maha Pemurah..alangkah kukuhnya institusi keluarga tersebut sekiranya dikemudikan oleh seseorang ketua keluarga yang bertanggungjawab @ melaksanakannya mengikut nas-nas @ hukum Islam..
Daripada kisah di atas, secara peribadinya saya merasakan bahawa duit bukan segala-galanya, malah mencari duit secara halal adalah penting..jangan salahkan orang lain sekiranya terjadi benda-benda yang xelok kepada ahli keluarga kerana dasarnya dibesarkan dengan hasil yang HARAM..Nauzubillah..sebaliknya tepuklah dada, tanya hati..bertaubatlah sementara belum terlambat! InsyaAllah..

Leia Mais…

Sekadar renungan...

Renung2kan........

Assalamualaikum,

Untuk renungan kita bersama... Insyallah.

Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "Middle East". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manuskrip dibawah. Amin

1. Seorang Nasrani berkata, " Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi".

2. Seorang Majusi pula berkata, "Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir".

* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak me ngaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

3. Seorang kafir pula berkata, "Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing".

4. Anjing pula berkata, " Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing". Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

5. Babi pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuskrip yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat y ang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

6. Manusia pula berkata, "Saya nie kufur sebab tak sembahyang, tapi bersyukur masih diberi nikmat hidup di dunia oleh Allah sebelum mati dan masuk neraka".

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...

Maha Suci ALLAH.

Leia Mais…

Sarapan Pagi

Yummm..yumm...

Menu sarapan pagi ni buat suami tercinta...

1. Mee Goreng Mamak

2. Milo Panas

Kos Penyediaan : RM 3.20 jer

Berselera tengok hubby makan... siap tambah lagi...

Leia Mais…

Iktibar dari Al-Quran.. Gempa Bumi Padang, Indonesia

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .


2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar .
Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .


3. Namun peristiwa sedemikian
tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .


4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .


5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bubumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam
5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .


6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]


7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .


و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا


17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”



و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”



كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah
berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .


9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .


10. Oleh itu marilah kita, seluruh rakyat negara ini sama-sama kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Leia Mais…

Kisah Anjing kurus...

Sebagai makhluk Allah swt, kita secara semulajadinya dikurniakan sifat kasihan belas dan simpati sama ada sesama manusia mahupun haiwan..kisah yang cuba dikongsikan untuk renungan bersama ini adalah kisah seekor anjing yang tersangat kurus..ceritanya begini, seperti biasa saya menjemput isteri balik dari mengajar..semasa menyusur keluar dari Nanga Apan, dengan izin Allah swt kami terserempak dengan seekor anjing yang tersangat kurus sedang menguis beg plastik yang belum pasti isinya..Nak dijadikan cerita, kejadian itu berlaku di tengah jalan dan memaksa saya memberhentikan kereta dan memerhatikan gelagatnya..yang peliknya ia seolah-olah tidak menyedari akan kemunculan kami dan terus rakus membongkar isi beg plastik berwarna itam itu...
Hatiku mula tersentuh.. terpikir tentang kejadian Allah swt...Masyaallah...situasi yang sama sebagaimana manusia memerlukan makanan untuk hidup, begitu jugalah binatang berstatus HARAM itu.. sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan makanan sekalipun membongkar tong-tong sampah yang menjelikkan..dan pada saat itu, berapa ramai antara kita yang bertuah ini membuang makanan sebagai sampah?? Subhanallah..kita manusia xhenti-henti daripada melakukan pembaziran dikala masih ramai yang berlapar dan sangat-sangat memerlukan makanan untuk terus hidup! Pernahkah kita terfikir? Berhentilah dari meneruskan tradisi syaitan laknatullah ini sebelum Allah swt menarik balik nikmat @ rezeki yang dikurniakan kepada kita..

Leia Mais…

Sabtu, Oktober 24, 2009

Susah Dahulu, Senang kemudian...

Alhamdulillah...setelah setahun di IPGM KSAH, kami berjaya menamatkan kursus dengan jayanya...namun, debaran semakin kencang dalam menunggu penempatan ke sekolah..fikiranku dibelenggu persoalan bagaimana sekiranya kami ditempatkan di sekolah yang agak berjauhan..merentasi sempadan negeri.. Namun Allah swt berkuasa ke atas segalanya, kami sama-sama ditempatkan ke Sarawak Bumi Kenyalang.


Gambar pertama kali berjumpa di Bumi Kenyalang, 18 April 2009.


Cabaran berjauhan seketika....

Allah swt tidak pernah leka dalam menguji ketahanan serta kesabaran setiap hamba-Nya..kami antara hamba-Nya yang diuji dengan slot perpisahan sementara berdasarkan kedudukanku di selatan dan dia di utara bumi Sarawak...walaupun di atas kertas digambarkan jarak yang begitu jauh, namun kami bersyukur kerana masih diberi peluang berhubung menerusi rangkaian telefon bimbit..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...tanpa disedari sudah hampir empat bulan kami di sini..Seperti yang dirancang, kami bertemu buat kali pertama di bumi Sarawak sementara menunggu flight ke Penang...sukar digambarkan perasaanku ketika melihat reaksi matanya melilau mencari-cariku sambil menolak troli bagasi ...masyaAllah..

Leia Mais…

Makan tengahari..

















Menu Hari Ini
: Sabtu, 24 Okt 2009.


1. Nasi 2 pinggan

2. Ikan Tongkol Singgang
3. Ikan Tongkol Goreng Spesial

4. Sayur Goreng Sawi + Taugeh

5. Ulam - Timun

6. Budu Istimewa

7. Air Sirap Rose

Leia Mais…

Permulaan sebuah cerita........

Di sinilah bermulanya kisah yang akhirnya membawa kami sebagaimana yang ada sekarang..keputusan kami sebagai 'volunteer' untuk sama-sama menjalani latihan praktikum di sekolah orang asli adalah suatu hikmah yang sangat besar ertinya..pertemuan kami membuahkan bibit cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia..InsyaAllah..Pada mulanya aku terpikir camne nk hadapi situasi utk bekerjasama sebagai pelatih di sekolah yang sama dengan si dia. Ini kerana aku sangat menghormati sikapnya yang tegas dan tidak suka melayan lelaki @ orang yang tidak dikenalinya..aku kagum dengan sikapnya! Alhamdulillah semua andaian negatifku terpadam setelah kumengenalinya dengan lebih dekat. Ikhlas kukatakan dia seorang insan istimewa yang pernah ku jumpa! Syukur kepada Allah swt..

Leia Mais…