Ahad, November 29, 2009

Bila rumah Allah swt lengang..

Dalam kedaifan ilmu yang dimiliki, saya cuba untuk berkongsi pengalaman ini dengan pembaca sekalian. Apa yang saya perhatikan, rata-rata di seluruh bumi Malaysia, masjid-masjid yang dibina indah yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit seolah-olah tidak berpenghuni. Apakah manusia sudah hilang minat untuk sama-sama mengimarahkan masjid? Namun tidak dinafikan bahawa terdapat pengurusan masjid di sesetengah tempat yang giat mengatur program bagi memakmurkan masjid selain solat berjemaah lima waktu. Namun, di sesetengah tempat pula, jemaah untuk solat lima waktu pun menyedihkan. Ruang masjid yang besar dan mampu menampung bilangan jemaah yang ramai tetapi hanya beberapa kerat yang hadir. Ini adalah kisah benar memandangkan saya selalu bermusafir untuk tempoh perjalanan yang panjang dan singgah bersolat ketika kebetulan azan dilaungkan. Apa yang saya perhatikan adalah hanya beberapa kerat jemaah 'veteran' tempatan yang datang untuk bersolat jemaah. Dinisbahkan hanya 1 /9 saf yang diatur... Persoalan kedua adalah ke mana perginya golongan muda? Teringat saya dengan kisah penduduk Kampung Bukit Setugal yang jahil (Kelapa Nan Sebatang- Kesusasteraan Melayu mailto:Tingkatan4@5), hanya Lebai Pa dan bilalnya yang bersolat di surau..Nauzubillah.. Sambutan amat menyedihkan..namun jika kita buka mata, perhatikan sambutan terhadap pesta-pesta, karnival-karnival hiburan, sambutannya adalah amat di luar jangkaan penganjur..Apa sudah jadi? Sanggup berdiri berjam-jam lamanya/bawa anak2 kecil semata-mata untuk tengok konsert tetapi takut untuk berdiri 5-10 minit untuk bersolat jemaah? Ader yang lebih malangnya, sanggup tinggal solat untuk tidak ketinggalan menyaksikan persembahan artis kegilaan masing-masing...MasyaAllah..

0 ulasan:

Catat Ulasan