Ahad, November 29, 2009

Konvokesyen IPSAH kali ke-28

333 terima diploma kursus Perguruan Lepasan Ijazah
GEMBIRA. Sebanyak 333 pelajar kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (sekolah rendah) sesi Januari hingga November 2008 berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Bakal guru itu menerima diploma masing-masing pada Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Sultan Abdul Halim ke-28 di Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka mengikuti pelbagai bidang termasuklah pengajian dalam bidang sosial, seni dan visual, pendidikan pemulihan khas, bimbingan dan kaunseling serta prasekolah, pengajian Melayu, Inggeris, Cina, Islam, pendidikan jasmani, matematik dan sains.

Diploma tersebut disampaikan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim serta Pengarah IPGM, Kampus Sultan Abdul Halim, Saadiah Bani.

0 ulasan:

Catat Ulasan