Ahad, November 01, 2009

banyak lg yg perlu kita pelajari@tahu..

Salam..dalam kita menjalani kehidupan di negara pelbagai kaum semacam Malaysia ini, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 3(1) yang mana Islam adalah agama rasmi negara. Tetapi agama lain bebas diamalkan secara aman selagi mana tidak mengganggu gugat keamanan @ kesejahteraan umat Islam mengerjakan suruhan agama. Manakala menurut Perkara 11(4) ada melarang penganut agama lain daripada melakukan sebarang tindakan sama ada dengan membawa dakyah yang boleh menggugat pegangan akidah umat Islam mahupun melalui apa jua cara yang lain.

Terdetiknya kisah....

Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib telahpun masuk. Sewaktu seluruh umat Islam di daerah Saratok ini sibuk mengerjakan solat Maghrib, maka ketika itulah muzik di tapak funfair dimainkan dengan kuat seolah dituntut juga keperluannya. MasyaAllah..apa rasionalnya jika bukan untuk mengganggu ketenangan @ kedamaian umat Islam yang ketika itu menunaikan solat?? Apakah pihak penganjur akan mengalami kerugian besar sekiranya menangguhkan operasi bisikan syaitan itu hinggalah selepas Isyak? Mereka tidak seharusnya menggunakan kelebihan tempat yang strategik sebagai alasan untuk mereka berbuat demikian sebaliknya perlu memikirkan jarak kedudukan bisnes mereka itu adalah berdekatan dengan rumah Allah daerah Saratok!

0 ulasan:

Catat Ulasan