Khamis, November 12, 2009

Melayu mudah lupa...

Lidah Tergeliat

Saya berasa amat hairan. Sebilangan daripada kita tinggal setahun dua di luar negara, pulang ke tanah air, lidah kononnya tergeliat, lalu mereka mendakwa janggal bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkomunikasi.

Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga serba tidak kena menulis di dalam bahasa kebangsaan. Alasannya, bahasa Inggeris, bahasa ilmu.

Barangkali biarpun bijak, mereka tidak faham erti keseimbangan dalam berbahasa atau pura-pura tidak faham. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi usah sampai kekok bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

Orang Jepun, bangga dengan bahasa ibunda tetapi menggunakan bahasa Inggeris apabila kena pada tempatnya. Negara Jepun tetap jauh lebih maju berbanding negara kita.

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Justeru, junjunglah selagi termampu.

0 ulasan:

Catat Ulasan