Renung2kan........
Assalamualaikum,
Untuk renungan kita bersama... Insyallah.
Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "
1. Seorang Nasrani berkata, " Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi".
2. Seorang Majusi pula berkata, "Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir".
*
3. Seorang kafir pula berkata, "Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing".
4. Anjing pula berkata, " Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing". Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.
* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan
5. Babi pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".
Ini adalah sebuah manuskrip yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat y ang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
6. Manusia pula berkata, "Saya nie kufur sebab tak sembahyang, tapi bersyukur masih diberi nikmat hidup di dunia oleh Allah sebelum mati dan masuk neraka".
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...
Maha Suci ALLAH.
Selamat datang ke laman blog kami. Di sini anda dapat membaca segala kisah permulaan hidup kami menempuh alam rumahtangga sebagai sepasang suami isteri..Alhamdulillah..ianya dipermudahkan oleh Allah swt..
Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama berkongsi pengalaman serta luahan dalam kita menjalani kehidupan sebagai hamba daif di bumi yang terbentang luas ini dan moga mendapat kebaikan dari-Nya, InsyaAllah.
0 ulasan:
Catat Ulasan