Ahad, November 29, 2009

Konvokesyen IPSAH kali ke-28

333 terima diploma kursus Perguruan Lepasan Ijazah
GEMBIRA. Sebanyak 333 pelajar kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (sekolah rendah) sesi Januari hingga November 2008 berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Bakal guru itu menerima diploma masing-masing pada Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Sultan Abdul Halim ke-28 di Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka mengikuti pelbagai bidang termasuklah pengajian dalam bidang sosial, seni dan visual, pendidikan pemulihan khas, bimbingan dan kaunseling serta prasekolah, pengajian Melayu, Inggeris, Cina, Islam, pendidikan jasmani, matematik dan sains.

Diploma tersebut disampaikan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim serta Pengarah IPGM, Kampus Sultan Abdul Halim, Saadiah Bani.

Leia Mais…

Bila rumah Allah swt lengang..

Dalam kedaifan ilmu yang dimiliki, saya cuba untuk berkongsi pengalaman ini dengan pembaca sekalian. Apa yang saya perhatikan, rata-rata di seluruh bumi Malaysia, masjid-masjid yang dibina indah yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit seolah-olah tidak berpenghuni. Apakah manusia sudah hilang minat untuk sama-sama mengimarahkan masjid? Namun tidak dinafikan bahawa terdapat pengurusan masjid di sesetengah tempat yang giat mengatur program bagi memakmurkan masjid selain solat berjemaah lima waktu. Namun, di sesetengah tempat pula, jemaah untuk solat lima waktu pun menyedihkan. Ruang masjid yang besar dan mampu menampung bilangan jemaah yang ramai tetapi hanya beberapa kerat yang hadir. Ini adalah kisah benar memandangkan saya selalu bermusafir untuk tempoh perjalanan yang panjang dan singgah bersolat ketika kebetulan azan dilaungkan. Apa yang saya perhatikan adalah hanya beberapa kerat jemaah 'veteran' tempatan yang datang untuk bersolat jemaah. Dinisbahkan hanya 1 /9 saf yang diatur... Persoalan kedua adalah ke mana perginya golongan muda? Teringat saya dengan kisah penduduk Kampung Bukit Setugal yang jahil (Kelapa Nan Sebatang- Kesusasteraan Melayu mailto:Tingkatan4@5), hanya Lebai Pa dan bilalnya yang bersolat di surau..Nauzubillah.. Sambutan amat menyedihkan..namun jika kita buka mata, perhatikan sambutan terhadap pesta-pesta, karnival-karnival hiburan, sambutannya adalah amat di luar jangkaan penganjur..Apa sudah jadi? Sanggup berdiri berjam-jam lamanya/bawa anak2 kecil semata-mata untuk tengok konsert tetapi takut untuk berdiri 5-10 minit untuk bersolat jemaah? Ader yang lebih malangnya, sanggup tinggal solat untuk tidak ketinggalan menyaksikan persembahan artis kegilaan masing-masing...MasyaAllah..

Leia Mais…

Sabtu, November 21, 2009

Sebab apa jd pelik???

Kehidupan manusia di muka bumi yang luas terbentang ini tidak akan kekal buat selama-lamanya. Untuk itu, manusia perlu membuat persediaan yang terbaik untuk kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat. Adalah menjadi lumrah manusia di zaman serba canggih ini sibuk memperkatakan mengenai perihal orang lain. Mendengar @ menghormati pendirian orang lain seakan tidak diberi penekanan yang khusus..ianya seolah-olah diabaikan seakan manusia tidak perlu kepada rasa hormat antara satu sama lain. Setiap manusia di atas muka bumi dikurniakan satu perasaan yang sukar ditafsirkan oleh seseorang yang lain kecuali yang betul-betul memahaminya. Namun, kita manusia xpernah leka untuk mengkritik tanpa menyelami. Sebagai contohnya, jika seseorang sedang sedih@sebak, maka ia terjurus untuk menangis bagi melontarkan kesedihannya. Jika seseorang yang baru mendapat kejayaan, maka ia terjurus untuk bergembira bagi meraikan kejayaannya disamping rasa kesyukuran kepada Zat Pencipta, Allah swt. Jadi, tidak menjadi kesalahan jika kita meng'express'kan perasaan yang kita ada selagi mana ianya tidak mengganggu orang lain @ ketenteraman awam. Namun begitu, ramai diantara kita yang tidak menyenangi kejayaan orang lain. Kenapa? Namun demikian, yang lebih anehnya ada juga orang ketawa time kita sedih..manusia jenis apa pun xpasti..kerja duk gelak jer sepanjang hidup..xder time sedih...kesian dia..bukan sahaja tidak diberi hidayah oleh Allah swt untuk menyelami@merasai nikmat sesuatu perasaan malah mampu tersenyum bila orang sedih...tak ubah seperti rejim Israel yang menambahkan lagi kesengsaraan hidup umat Islam Palestin..MasyaAllah..warasnya adalah menyelami dan seterusnya memberi bantuan kemanusiaan tapi malang yang sebaliknya terjadi...adalah disyorkan kepada pemilik mailto:sikap@sifat@fe sedemikian untuk mendaftar sebagai rekrut askar Israel...jgn terus menghukum perasaan orang lain dengan dasar ketidakberperikemanusiaan kita..

Leia Mais…

Isnin, November 16, 2009

Gomo Kelate Gomo!!





Buat penyoko Kelate...





Keadaan kerusi tempat duduk yang dipercayai telah dibakar penyokong Kelate


Semangat anok-anok Kelate mme kuat..sggp g pah ko KL tengok bola..bawok nga bedil, nga ggesek namo paga nk g bakar stadium...

Leia Mais…

Ahad, November 15, 2009

Dunia umpama wanita cantik....


Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bersifat sementara. Namun ada sesetengah daripada kita melakukan kerja seolah-olah tidak akan meninggalkan dunia yang fana ini menuju kehidupan sebenar di alam Akhirat. Gambarannya tidak ubah seperti seorang wanita yang bermegah dengan kecantikan yang dimilikinya...
persoalannya sampai bila dia akan kelihatan cantik dan menjadi pujaan ramai? Tatkala umur mencecah 40 tahun, maka mulalah berkedut sana-sini..umpama harta kemewahan serta pangkat yang diduduki manusia hari ini sedikitpun tidak dipandang oleh Allah swt. Ini kerana Dia yang mengurniakan segala apa yang kita kecapi hari ini.ngkat yang diduduki manusia hari ini sedikitpun tidak dipandang oleh Allah swt. Ini kerana Dia yang mengurniakan segala apa yang kita kecapi hari ini.

Leia Mais…

Khamis, November 12, 2009

Melayu mudah lupa...

Lidah Tergeliat

Saya berasa amat hairan. Sebilangan daripada kita tinggal setahun dua di luar negara, pulang ke tanah air, lidah kononnya tergeliat, lalu mereka mendakwa janggal bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkomunikasi.

Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga serba tidak kena menulis di dalam bahasa kebangsaan. Alasannya, bahasa Inggeris, bahasa ilmu.

Barangkali biarpun bijak, mereka tidak faham erti keseimbangan dalam berbahasa atau pura-pura tidak faham. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi usah sampai kekok bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

Orang Jepun, bangga dengan bahasa ibunda tetapi menggunakan bahasa Inggeris apabila kena pada tempatnya. Negara Jepun tetap jauh lebih maju berbanding negara kita.

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Justeru, junjunglah selagi termampu.

Leia Mais…

Khamis, November 05, 2009

Asal Usul Solat 5 Waktu

ASAL USUL SOLAT

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas...

ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s..,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.



Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu ."ya Allah jadikan lah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Marilah kita sama-sama renungi...mencari keredhaan Allah swt..sujud menyembah Yang Maha Esa..

Leia Mais…

Ahad, November 01, 2009

banyak lg yg perlu kita pelajari@tahu..

Salam..dalam kita menjalani kehidupan di negara pelbagai kaum semacam Malaysia ini, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 3(1) yang mana Islam adalah agama rasmi negara. Tetapi agama lain bebas diamalkan secara aman selagi mana tidak mengganggu gugat keamanan @ kesejahteraan umat Islam mengerjakan suruhan agama. Manakala menurut Perkara 11(4) ada melarang penganut agama lain daripada melakukan sebarang tindakan sama ada dengan membawa dakyah yang boleh menggugat pegangan akidah umat Islam mahupun melalui apa jua cara yang lain.

Terdetiknya kisah....

Azan berkumandang menandakan waktu Maghrib telahpun masuk. Sewaktu seluruh umat Islam di daerah Saratok ini sibuk mengerjakan solat Maghrib, maka ketika itulah muzik di tapak funfair dimainkan dengan kuat seolah dituntut juga keperluannya. MasyaAllah..apa rasionalnya jika bukan untuk mengganggu ketenangan @ kedamaian umat Islam yang ketika itu menunaikan solat?? Apakah pihak penganjur akan mengalami kerugian besar sekiranya menangguhkan operasi bisikan syaitan itu hinggalah selepas Isyak? Mereka tidak seharusnya menggunakan kelebihan tempat yang strategik sebagai alasan untuk mereka berbuat demikian sebaliknya perlu memikirkan jarak kedudukan bisnes mereka itu adalah berdekatan dengan rumah Allah daerah Saratok!

Leia Mais…