Rabu, Mac 31, 2010

Alhamdulillah..baby kami sihat..

Sebagai pasangan yang baharu melayari alam berumahtangga, tentunya kami xsabar menunggu kelahiran zuriat kami yang pertama ini..Kini kandungan isteriku sudah mencecah 8 bulan..ini bermakna xpun sampai 2 bulan lagi aku akan bergelar seorang "ayah"..aku berdoa kepada-Nya agar semuanya selamat..tiada kata seindah rasa..Menurut doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas kandungan isteriku, baby kami sangat aktif...Alhamdulillah..

Leia Mais…

Isnin, Januari 18, 2010

Menikmati Alam Ciptaan Allah SWT...


Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kami meneroka alam ciptaan-Nya sepanjang cuti persekolahan musim 2009..pengalaman bercuti bersama yang tercinta pastinya diabadikan sebagai kenangan terindah....

Minat yang sama antara kami iaitu suka meneroka alam yang penuh keunikan menyebabkan kami memilih beberapa destinasi menarik untuk menghabiskan cuti...bermula dengan perjalanan pulang dari Sepang ke Alor Setar..menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan merentasi beberapa buah negeri. Kami bertolak dari Sepang kira-kira jam 2 pagi sebelum singgah di Putrajaya untuk menikmati keindahan lanskap yang bermandikan cahaya..menikmati hutan batu Malaysia. Dari Putrajaya kami menyusur keluar ke Shah Alam sebelum masuk Lebuh Raya Guthrie menuju ke arah utara.


Leia Mais…

Ahad, Januari 17, 2010

Indahnya 2009..

Diari 2009

2 Januari 2009 ~ Surat penempatan pertama ke Bahagian Betong..Sarawak..Alhamdulillah..

5 Januari 2009 ~ Terbang ke Kuching dr KLIA Sepang...1st time naik flight..

20 April 2009 ~ Majlis Akad Nikah di Masjid Padang Lalang, Alor Janggus...hmmmm..

23 April 2009 ~ Majlis Konvokesyen IPGM KSAH Sg.Petani..naik pentas sbg suami isteri..inai
masih merah di jari..

26 Mei 2009 ~ Berita permohonan pindah diluluskan..isteriku ditempatkan ke SK Ulu
Kabo, Saratok...antar borang tarikh da tutup pun dapat jgk..
dhla skolah kami satu jln..masyaAllah..


3 Jun 2009 ~ Majlis Kenduri di F30A KM8.6 Jln. Putra, Alor Star..

8 Jun 2009 ~ Kenduri Kesyukuran di Lot 666 Kg. Pangkal Gong, P. Chondong...

4 September 2009 ~Berita@pengesahan Dr..Isteriku mengandung anak sulung
kami..Alhamdullah..nk menangis gembira jer time tu...due 13 May 2010.

21 Disember 2009 ~ Bercuti@riadah bersama Umie di Teluk Batik..

Catatan di atas berdasarkan pengalaman pertama bersama org baharu dalam hidup..











Leia Mais…

Ahad, November 29, 2009

Konvokesyen IPSAH kali ke-28

333 terima diploma kursus Perguruan Lepasan Ijazah
GEMBIRA. Sebanyak 333 pelajar kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) (sekolah rendah) sesi Januari hingga November 2008 berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Bakal guru itu menerima diploma masing-masing pada Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Sultan Abdul Halim ke-28 di Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka mengikuti pelbagai bidang termasuklah pengajian dalam bidang sosial, seni dan visual, pendidikan pemulihan khas, bimbingan dan kaunseling serta prasekolah, pengajian Melayu, Inggeris, Cina, Islam, pendidikan jasmani, matematik dan sains.

Diploma tersebut disampaikan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim serta Pengarah IPGM, Kampus Sultan Abdul Halim, Saadiah Bani.

Leia Mais…

Bila rumah Allah swt lengang..

Dalam kedaifan ilmu yang dimiliki, saya cuba untuk berkongsi pengalaman ini dengan pembaca sekalian. Apa yang saya perhatikan, rata-rata di seluruh bumi Malaysia, masjid-masjid yang dibina indah yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit seolah-olah tidak berpenghuni. Apakah manusia sudah hilang minat untuk sama-sama mengimarahkan masjid? Namun tidak dinafikan bahawa terdapat pengurusan masjid di sesetengah tempat yang giat mengatur program bagi memakmurkan masjid selain solat berjemaah lima waktu. Namun, di sesetengah tempat pula, jemaah untuk solat lima waktu pun menyedihkan. Ruang masjid yang besar dan mampu menampung bilangan jemaah yang ramai tetapi hanya beberapa kerat yang hadir. Ini adalah kisah benar memandangkan saya selalu bermusafir untuk tempoh perjalanan yang panjang dan singgah bersolat ketika kebetulan azan dilaungkan. Apa yang saya perhatikan adalah hanya beberapa kerat jemaah 'veteran' tempatan yang datang untuk bersolat jemaah. Dinisbahkan hanya 1 /9 saf yang diatur... Persoalan kedua adalah ke mana perginya golongan muda? Teringat saya dengan kisah penduduk Kampung Bukit Setugal yang jahil (Kelapa Nan Sebatang- Kesusasteraan Melayu mailto:Tingkatan4@5), hanya Lebai Pa dan bilalnya yang bersolat di surau..Nauzubillah.. Sambutan amat menyedihkan..namun jika kita buka mata, perhatikan sambutan terhadap pesta-pesta, karnival-karnival hiburan, sambutannya adalah amat di luar jangkaan penganjur..Apa sudah jadi? Sanggup berdiri berjam-jam lamanya/bawa anak2 kecil semata-mata untuk tengok konsert tetapi takut untuk berdiri 5-10 minit untuk bersolat jemaah? Ader yang lebih malangnya, sanggup tinggal solat untuk tidak ketinggalan menyaksikan persembahan artis kegilaan masing-masing...MasyaAllah..

Leia Mais…

Sabtu, November 21, 2009

Sebab apa jd pelik???

Kehidupan manusia di muka bumi yang luas terbentang ini tidak akan kekal buat selama-lamanya. Untuk itu, manusia perlu membuat persediaan yang terbaik untuk kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat. Adalah menjadi lumrah manusia di zaman serba canggih ini sibuk memperkatakan mengenai perihal orang lain. Mendengar @ menghormati pendirian orang lain seakan tidak diberi penekanan yang khusus..ianya seolah-olah diabaikan seakan manusia tidak perlu kepada rasa hormat antara satu sama lain. Setiap manusia di atas muka bumi dikurniakan satu perasaan yang sukar ditafsirkan oleh seseorang yang lain kecuali yang betul-betul memahaminya. Namun, kita manusia xpernah leka untuk mengkritik tanpa menyelami. Sebagai contohnya, jika seseorang sedang sedih@sebak, maka ia terjurus untuk menangis bagi melontarkan kesedihannya. Jika seseorang yang baru mendapat kejayaan, maka ia terjurus untuk bergembira bagi meraikan kejayaannya disamping rasa kesyukuran kepada Zat Pencipta, Allah swt. Jadi, tidak menjadi kesalahan jika kita meng'express'kan perasaan yang kita ada selagi mana ianya tidak mengganggu orang lain @ ketenteraman awam. Namun begitu, ramai diantara kita yang tidak menyenangi kejayaan orang lain. Kenapa? Namun demikian, yang lebih anehnya ada juga orang ketawa time kita sedih..manusia jenis apa pun xpasti..kerja duk gelak jer sepanjang hidup..xder time sedih...kesian dia..bukan sahaja tidak diberi hidayah oleh Allah swt untuk menyelami@merasai nikmat sesuatu perasaan malah mampu tersenyum bila orang sedih...tak ubah seperti rejim Israel yang menambahkan lagi kesengsaraan hidup umat Islam Palestin..MasyaAllah..warasnya adalah menyelami dan seterusnya memberi bantuan kemanusiaan tapi malang yang sebaliknya terjadi...adalah disyorkan kepada pemilik mailto:sikap@sifat@fe sedemikian untuk mendaftar sebagai rekrut askar Israel...jgn terus menghukum perasaan orang lain dengan dasar ketidakberperikemanusiaan kita..

Leia Mais…

Isnin, November 16, 2009

Gomo Kelate Gomo!!





Buat penyoko Kelate...





Keadaan kerusi tempat duduk yang dipercayai telah dibakar penyokong Kelate


Semangat anok-anok Kelate mme kuat..sggp g pah ko KL tengok bola..bawok nga bedil, nga ggesek namo paga nk g bakar stadium...

Leia Mais…